Wednesday, May 18, 2011




Jalan-jalan Bagan Lalang & Pantai Morib

Semalam cuti wesak day...abah aku ajak pegi Bagan Lalang...Lepas je masak2 ,tunggu azan zohor terus siap2...dengan 2 buah kereta bertolak lah kami kesana, 2.30ptg sampai di Bagan Lalang..abah & asben aku paking kereta...lepas tu kami cari tempat untuk menjamu selera...berbekalkan sambai tempoyak + ikan bilis,gulai ikan baung,peria goreng dgn telur hasil air tangan bonda tersayang..ikan keli goreng,ulam-ulaman serta sambal belacan dan cabai kicap kegemaran asbenku...Dengan ain sepoi2 bahasa masing2 laju je menjamu selera di tambah pula dgn air asam boi + limau kasturi perrhhh sejuk je tekak kami maklum masa tu cuaca agak panas..lebih kurang jam 4.30 ptg adikku syahir ajak ke Pantai Morib pulak..kami berhenti solat asar di Rumah Peranginan Morib milik BPH..lebih kurang 8.00mlm kami sampai ke rumah...sedih juga adik aku angah tak dak disini kalo tak dia mesti join sama...buat adik aku,nanti kita p lain ok...

Tuesday, May 10, 2011

Geng SMTSR, Alor Setar.....


Inilah kawan2 lama aku masa tingkatan 1 sampai tingkatan 3, Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah, Alor Setar...last aku jumpa depa 2 ni tahun 1996 masa tu aku form 3..lepas tu terus lost contact sebab aku berhijrah ke Kajang...nangis ooo nak pindah sebab sedara mara,kwn2 semua menetap di sana...Abah aku dinaikan pangkat tak kan tak mau p sayang la bukan senang nak dpt..jadi berpindah la kami semua ke sini sampai sekarang....

Anak-anakku


Nur Husnina Umairah 4bulan





Kakak & adik

Friday, April 29, 2011

Panduan Pemakanan Ibu Menyusu

Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.
Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

Protin

2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
Sumber protin termasuk :

  • Daging, Ayam
  • Makanan laut *
  • Telur
  • Keju, susu dan yogurt
  • Tauhu
  • Kekacang

Kalsium

Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
Sumber terbaik kalsium adalah :

  • Susu, yogurt dan keju
  • Jus oren diperkaya kalsium
  • Tauhu
  • Ikan sardin
  • Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli

Zat Besi

Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk :

  • Daging, Ayam
  • Makanan laut *
  • Kekacang
  • Buah-buahan kering
  • Kuning telur

Vitamin C

Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik termasuk :

  • Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
  • Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
  • Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato

Vitamin dan Mineral

Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.

Cecair

  • Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
  • Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
  • Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
  • Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Tip Lain

  • Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
  • Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.


* Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan ibu menyusu tidak makan ikan jerung, todak, king mackerel kerana kandungan merkurinya yang tinggi.

Info buat ibu-ibu yang menyusu bayi seperti saya...

Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

Enzema

Emolien Penting untuk Penghidap Ekzema

Emolien merujuk kepada minyak mandian, pengganti sabun, krim atau pelembap yang boleh digunakan di atas kulit. Emolien penting untuk melembap dan melegakan kulit yang kering dan kemerah-merahan. Ia memberi satu lapisan nipis di atas permukaan kulit bagi mengurangkan kehilangan air dan mencegah kulit daripada menjadi kering. Tambahan pula, kulit yang kering sentiasa terasa gatal. Penggunaan emolien beberapa kali sehari boleh memastikan kulit memperoleh lembapan secukupnya. Tetapi pastikan pesakit ekzema hanya menggunakan pelembap khas untuk keadaan kulitnya.